Bala tentera En Roslan

hula huuu ~ ehem ehem . Assalamualaikum . :) hari tuuu aku dah post gaya nak roboh laptop ni aku keje kan , so hari ni aku dah tak moody dah just because ABANG gila tuhh . selekeh ubi je dia . special thanks to my parents sebab dengar masalah den semalam . serius first time nak leleh bila story mory dengan dorang . huaa ~ sayang mereka berdua . oh ohh ! my siblings too . ^_^ so , here we are .
Nama diberi , ROSLAN PILUS . He is my father , my mom's husband . hee ~ * gambar ni masa abah konvo tahun lepas * hensem tak abah kitaaaa ? pfft . so , kami adik beradik called him , ABAH . yeayy ! abah .. kbai . =.= abah sangat sporting . maybe sebab anak anak semua dah besar kan . so , tak de nak marah marah sangat . * dulu garang oii * Abah sangat protective . protective dari segi apa ? haa ~ biarlah aku dengan family je yang tau . hee .. ape yang aku perasan , karakter aku sekarang saling tak tumpah dengan karakter abah . tension sikit je , mesti mengamuk . * sangat obvious dalam diri aku * lepas tuh , kalau mood baik tu , baik gilaa . * aku cam tu ke ? * lepas tuh , lantang bersuara . * no comment * kalau balik kampung kan , orang senang cam aku ni anak En. Roslan kerana bentuk muka ku yang bulat sama seperti ayah aku . yeayy ! =.= sabar je lahh . nak cakap aku anak abah ke , anak mak ke , ada aku kesah ? dah memang aku anak mak abah aku , tak kan aku anak orang lain kot ? adess ~
Oh ohh ! ni mak kitaa ~ haa .. Puan SUZAINI ZAN . Aku teramat sangat lah geram nye dengan mak aku ni , sebab mak sangat COMEL okayy ? geram gilaa weh . mak sangat caring and paling penting , she is our lovely super duper wonder woman dalam family . * hiperbolass jap ye * tak banyak benda nak cte pasal mak ni sebab mak sangat cool . hee ~ SAYANG MAK . <3
Itu diaaa ~ siapa dia ? of course laa my sisterrr .. haa ~ NUR LIYANA namanya . kakak aku tua tiga tahun aku . * confirm korang tengah sebok dok mengira bape umur dia * kakak aku orang ketiga terpenting dalam family aku , sebab dia pun macam ayah aku . protective . ye laa . namanya KAKAK , kan kaklong kan ? satu je peel pelik dia ni . suka panggil aku ceni , " SAH , tolong kaklong . " , " SAH , teman aku jap . " SAH dia panggil ? =.= aku bersyukur ada kakak yang macam dia ni . kalau aku tak tau pape dalam study , redah kacau dia tanya macam macam . the latest pasal UPU yang err .. kalau tak dok dia , lamo dah den isi merape merapu . hancur maso dopan den nanti . sejak dia masuk kolej , rumah sunyi beb . * alah , sebenarnya aku rindu dia , saje cakap berlapik * ktorg selalu bergaduh uyy . ala .. biasa la kaan ? adik beradik . bagai air dicincang takkan putus . haa . masuk dah peribahasa . sekarang , alhamdulillah dia sambung study dalam bidang yang dia minat . pas tuh , kahwin . yeayy ! haha .. lap u lahh gemukss . <3
haa ! ni lah pemilik blog ni . kbaaaii ~ NUR MAISARAH . aku pantang orang sebut nama penuh aku bila tak de NUR tuh . pantang gila weyy . haa ~ gemuk kan gambar tuh ? sebab aku memang debab . kalau nak tau , * tak nak tau , kau boleh usha blog orang lain * dalam family aku , aku sorang je yang tembam wehh . haa ~ asal aku sorang ? mak selalu cte kat aku ceni .
" Sarah , kamu nak tau tak , masa kecik kecik dulu , kamulah paling tembam . mak ingat lagi , dulu mak suka suap kan anak anak mak 4 orang ni makan sekali sama sama . masa tu , mak kena dua round suap sebab first round , kamu sorang je yang makan , second round baru kaklong , mimi dengan udin . "
" Sarah nak tau , masa kamu kecik dulu , mak sedare kamu semua tak larat nak angkat kamu sebab kamu tembam bebeno . ada sekali tu , mak abah bawak balik kampung opah , makan tengah hari . kamu kenyang , kamu sendawa kemain kuat lagi . kami gelak , muka kamu selamba je . "
Gemuk nye aku . =.= haha .. sekarang dah habis SPM lagi laa weh . duduk rumah , melantak je keje . lagi mokmok laa jawabnya . haihh . anyway , saya bangga untuk mengatakan bahawa saya sayang SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II , SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(1) and SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(1) . KBAI . saje nak promote sekolah tercinta .
MUHAMMAD HAFIZUDDIN . my one and only little brother . beza setahun dengan aku . SPM candidates tahun 2013 . dia ni , masyaAllah . nakal gila . maybe dia tak de kawan laki , keje nak mengusik aku je . * sebab aku dengan dia beza setahun * dulu waktu kecik kecik , aku suka menyakat dia . bila dia bengang , dia suka kejar aku sampai dapat . dah dapat tuh , dia gigit tangan aku sebab dia geram . gila punya adik . =.= penah jugak sebab kenakalan dia ni , dia accident kena langgar kereta . :( sedih wokk . depan mata aku pulak . lagi sedih . masa tuh , aku dengan udin , ikut abah pegi beraya rumah kawan abah kat Taiping . ktorg bertiga je . then , abah tengah borak dengan kawan kawan abah kat dalam rumah . aku tengok udin dah eager keluar rumah main kat luar . sekali tah cane ada kereta bawak laju , tak sempat nak brake kot , terlanggar udin . bumper depan kereta tu kemek gila sebab kepala udin terhentak kat situ . aku dah nampak , main redah jerit je laa . abah bawak udin pegi hospital dengan orang tuh. aku naik kawan abah . wuwu ~ aku nangis wokk . * tak penah aku nak nangis sebab udin . tu first time * dah sampai hospital , tengok baju abah penuh darah udin . abah nangis . haa ~ mak kaklong mimi cepat datang . mak lagi laa . anak laki tunggal en udin tuh . adoyy ~ sampai sekarang kekal lagi parut kat muka dia sebab accident tuh . punya nakal budak tuh . haihh ! bila ktorg gaduh je , tengok parut kat muka dia , langsung tak jadi nak gaduh . mengalah . * tak sampai hati * udin manja uyy dengan aku . -__- tak padan dengan rupa . haha .. kakngah sayang udin . ye ? haha ..
ahah ! yang ni paling bongsu . FARAH SYAMIMI . yang ni , memang anak manja . =.= manja gila wehh ~ dia membesar kat KL , so , tak penah rasa susah . tu yang manja mengade . haihh . tak pe lah . adik sendiri kan . budak ni , PMR tahun ni . so , adik adik aku exam besar tahun ni . so , memandangkan aku je kat rumah , makanya aku jadi tukang ngajo dorang . redah laa mana yang aku faham . yang aku tak faham , " kau tanya cikgu lah esok kat sekolah . " simple rite ? haha .. budak ni , ada asma . so , tak boleh aktif sangat . dua dua adik aku rapat dengan aku . bukan laa tak rapat dengan kaklong . tapi , kaklong pun jarang ada kat rumah , so aku je laa tempat dorang nak menggedik . * ini semua poyooo * mimi dengan udin suka cakap ceni , " sayang kakngah . " " sayang kaklong . " depan dorang memang aku cam , " korang pahal ? " tapi sebenarnya dalam hati , " aku sayang korang jugak lahh . " paling sakai , suka nak minta aku belanja macam macam . tak padan dengan kecik dua orang ni . lepuk kang , apa pun tak jadi . nasib baik adik . kalau dorang tak de en , hee ~ aku sunyi woo .. haa .. jadi , pengajaran nye , hargailah adik beradik anda . kbai .
so , this is my family . i love them very much . menipu gileerr sape tak sayang family . kan ? meh aku piat sikit telinga tuhh . even hujung minggu je ktorg dapat spend time sama sama , tapi best ape . ye laa . kalau weekdays , abah dengan mak keluar awal pagi nak pegi keje . time tuh , aku terbongkang lagi atas katil . adik adik pun kat sekolah . kalau dorang balik , terperap dalam bilik . homework katanya . mak pun busy kat dapur . abah malam baru balik . tak de masa dengan faamily time weekdays . so , redha je laa budak menganggur oii . yang ni gambar family the latest . pegi Singapore . hee ~ thank you mommy , daddy . <3

1 comment: