Balik yeayyy !

Assalamualaikum . :) ohoiii ! I'm back . Minggu ni kolej den bagi ktorg balik . So , aku balik laa . Gila tak nak balik . Dengan demam nya . Uhuk ! Perit laa . Penat nak mati orientasi . Isnin dah start kuliah . Wakwak ! Tengok jadual kuliah , masyaAllah . Ada yang straight 5 jam kelas . Tak de rehat . Acanooo ? Time sekolah dulu tahan lagi laa sebab ada kawan kawn yang bileh usik nak buat alat hilang ngantuk . Ni , tak kenal sesape kooottt . Cane nak kacau orang ?

Pas tu , pasal roomate . Alhamdulillah . Sekepala . Aku punya doa tak nak dapat roomate kelantan , sekali dapat jugak . -.- tu la kau mai . Tak suka sangat . Kan dah dapat kat kau . Pekat pulak kelantan dia . Dok pahe sepatah hare . Jangan sampai aku terjebak dengan loghat dia sudah . Sampai aku terjebak , memang naya jeeeee .

Then , pesen kolej aku ni apa tau . Atas bukit bhaaaiii . Lecture hall dengan asrama nasib tak jauh . Tapi yang sakit nya , masjid dengan dewan jauh nak mampuih dengan asrama . Keluar kolej , turun bukit . Pas tu belok sana , belok sini . Memang tired okayy ? Ecehh .

Nak cte pasal orientasi nii . Orientasi ni laa punca aku balik . Demam kot . Nak kata homesick , 20 peratus je . Selebihnya sebab kepenatan dengan orientasi . Bayangkan laa . Masa rehat memang tak cukup langsung . Pukul 4 pagi dah bangun , takut tak sempat nak kejar subuh jemaah . Malam pulak , aktiviti selalu habis pukul 11 . Tapi , dorang suka lepas kan pukul 12 lebih . Baju nak basuh pun tak de masa . Memang aku cop awal awal laa washing machine kat rumah ni .

Pas tu kaaannn . Ada sorang fasi ni . Aku kan rabun . Selalu bebeno haa dapat duduk belakang dewan . Pas tu , sorang fasi ni , aku baru tau yang dia india tau . Dia punya BM memang macam kita yang melayu . Nak dipendekkan cte . Aku minat laa dia . Dengan cool nya diaaa . Sekali rupanya india . K fine . Pas tu , ada sorang lagi fasi ni . Abang Hakim nama dia . Hensem dia , tak payah cte . Bab lead ktorg solat , memang best . Sedap sungguh bacaan quran dia . Dah laa comel . Haihh ! Tergugat .

Pas tu pas tu . Part paling rasa nak nangis . Aku dapat jumpa balik kawan kawan aku time kat SKSI dulu . Ya Allah . Rasa nak nangis . Padahal , ktorg datang dari tempat yang jauh tau . Lepas habis sekolah dulu , sorang tu pindah penang . Sorang lagi terengganu . Alih alih , matrik gopeng jadi tempat reunion ktorg . Alhamdulillah . Happy separuh mati . Serius !

Esok balik kolej dah . What theee ? Tak best okayy . Isnin dah start kuliah . Memang terbaik . Bak kata fadi , TERBAIK UNTUK ANDA . Tagline dorg untuk ktorg sepanjang orientasi . Dah . Lepas ni kena fokus belajar . Pengarah kolej nak ktorg dapat 4 flat . Memang study hard laa kan . Huhu ..

Okayy . Gtg yo . Assalamualaikum . :)

The day has coming .

26th May 2013

Assalamualaikum . Post ni , ada mode sedih sikit . Prepare tisu cepat . Ehem ehem . Whatt ? Hari ni last aku kat rumah . Esok aku sah jadi milik Kolej Matrikulasi Perak . Ohmaaaiii . Takut . Nasib baik ada kawan kat sana . Kawan kawan yang doakan , terima kasih banyak banyak . In shaa Allah kalau pointer exam aku gempak , aku kredit kan untuk korang sekali . Family aku sudah semestinya ,

Semalam , 'Ain dah start orientasi Asasi kat UPM . 'Ain cakap , dia takut . Kan best kalau semua dapat tempat belajar yang sama . Dapat protect each other macam zaman sekolah dulu . I miss you my dear . Aku rindu kawan kawan lain jugak . Okay . Can't continue my writing sebab nak nangis . Hukhukhuk ..

Doakan saya ye , kawan kawan . :')

Assalamualaikum .

Alhamdulillah .. :)

22nd May 2013

Assalamualaikum . :) Ya Allah .. Kejap nya masa berlalu . Lagi bape hari je aku ada kat Putajaya dengan family . Hati masih was was sama ada aku mampu ke tak nak sambung belajar kat Matrikulasi . Tapi , bak kata Abah , " you need to think positive . Jangan ikut orang cakap . Orang cakap susah tu sebab dia tak de effort utuk jadikan benda tu senang . Abah yakin Sarah boleh buat . " Ohh Abah ! Abah sangat faham apa yang aku rasa . People around me sangat pressure lahiriah dan batiniah aku . Wahh ! Batiniah . Tak menahan . Tapi serius laa . Dorang sangat kepoh , susah matrik ni , susah subjek matrik ni and blablabla . Deyy ! Shut up laa . Ce bagi semangat kat aku . Korang yang kepoh tu padahal tak de pengalaman pun kat matrik . Bagi semangat je dah cukup uhh . Parah manusia macam ni . Pape pun , congrats to all my cutest cunss lawass friends yang dapat tawaran sambung belajar . Alhamdulillah .

First sekaliiii , tu diaaa . My deskmate for two years ! Diyana Nur Dzulhalim . My sweetie ni , dapat Mesir . Congrats dear . Aku bangga dengan kau . Jauh nyaa kau dengan aku . Hukhuk ! Time kau message aku pasal kau nak fly Mesir , aku nangis weyy . Tak tipu . Kau belajar elok elok kat sana . Dapat boyfriend pak arab , pos sorang balik Malaysia . Atas nama aku tau . :D Hee ~ Balik nanti dapat title Dr. Diyana Nur . In shaa Allah . aku sakit , jumpa kau je nanti . Ecehh !


Malam Jamuan Pengawas

Diane diane , kalau kau baca blog aku , maybe for the last time before kau fly kan , aku nak bagitau kau yang AKU SAYANG SANGAT KAT KAU . KAU KAWAN TERBAIK AKU . KAU SANGAT KEPALA TAK BETUL MACAM AKU . boleh pulak aku menangis time ceni . Haihh .. KAU KENA INGAT SAMPAI BILA BILA . AKU SAYANG KAU . THANKS SEBAB JADI KAWAN AKU DARI SEKOLAH RENDAH . THANKS SEBAB BANYAK TOLONG AKU DALAM STUDY . THANKS SEBAB JADI PENDENGAR SETIA AKU . THANKS FOR EVERYTHING . SORRY JUGAK KALAU AKU TERKASAR BAHASA , TERLEPAS CAKAP OR PAPE YANG BUAT KAU KECIK HATI . SORRYYYYYY . ILOVEYOU SIS . :')

Next , kawan aku sorang ni pun dapat Mesir jugak . Alhamdulillah . Tu yang kau idamkan selama ni kan . Tercapai jugak . Nurul 'Asyiqin Mohd Sofian . Aku pun bangga dengan kau . Dapat overseas . Belajar elok elok , jaga diri mung kat sana . Haa ! Kau pun kalau jumpa pak arab sorang , pos balik Malaysia . Hahaha ..


Omeyyy nya diaaaaaa :)

Syiqin syiqin . Kau pun sama tau . Kalau ni post last aku before masuk matrik , kau ingat kata kata aku sampai kau jejak bumi Mesir . KAU KAWAN PALING COOL YANG PENAH AKU JUMPA . KAU JARANG ADA MASALAH . MAINTAIN BEB MAINTAIN . THANKS SEBAB PENAH TOLONG AKU JUGAK DALAM STUDY . THANKS SEBAB TEGUR AKU KALAU AKU DAH GILA TAHAP  TERUK , THANKS WEHH . KALAU TAK DE KAU , AKU MESTI DAH SEWEL . NAK SUSUN SEPULUH JARI JUGAK , MINTA MAAF KALAU AKU TAK JADI KAWAN YANG TERBAIK UNTUK KAU . PAPE HAL AKU MEMBEBEL , AKU TETAP SAYANG KAU ! :'( sedih wehh .

Yang lagi sorang ni , group member paling kecik . padahal sama tinggi dengan aku jee . Athirah Abd Samat . Makcik kecik comeyy ni dapat sambung kat UiTM . Course kejuruteraan awam . Okay laa tu kan siya ? belajar elok elok . Kau nak kahwin , bagitau aku wehh . Aku orang first terpacak depan rumah kau nak tolong pape yang patut . Haha .. Siya je , cakap pasal kahwin . Hee ~ :D


Macam cikgu kaaannn diaa ?

Siya siya ! Walaupun kau anggap aku kaklong , tapi pada aku , kau laa kaklong . Kau sangat garang . Aku pun takut . Muka comel, jangan difikir yang dia ni tak garang kayy . Tapi dia garang dengan aku and Nad laa . Sebab banyak buat hal . Sayang Siya ! KAU KENA INGAT NI , AKU TAK PENAH LUPA KAU . SEMUA YANG KAU MARAH AKU SEBELUM NI , AKU INGAT . SEBAB BENDA TU BOLEH UBAH AKU JADI MANUSIA . gaya macam aku alien je sebelum dia tegur aku . THANKS TAU WEHH . UNTUK SEMUA . <3 p="">

Seterusnya nii , aduhh ! Cun bangeett . 'Ain Sajda Mohd Alayudin . Ain dapat Matrik sama dengan aku . Tapi dia dapat tawaran yang lagi bagus . Asasi kat UPM . Tahniah Ain . Belajar rajin rajin . 3 sem setahun . In sha Allah you can do it sis . Ain budak bijak . Mungkin pressure sikit , tapi yakin dengan diri sendiri yang Ain boleh buat . Tau ?


Ain yang paling kanan kayy .

Ain kawan yang paling cun . Ain , THANKS TAU AIN SEBAB JADI KAWAN KITA YANG SELALU LAYAN KEPALA GILA KITA . SORRY JUGAK KITA SELALU SAKAT AIN . TAPI AIN JUGAK LAA YANG SELALU BUAT KITA LEMBUT HATI . tak tipu niii .. Thanks tau Ain  . Ilebiu so much ! <3 p="">

Yang last ni , dua orang ni , Nurul Nadhirah Idris and Nurul Aqilah Osman . Nad dapat sambung matrik . Kat Melaka . Qila pulak , sambung kat UPM cawangan Sarawak . Course agribusiness . Ya Allah . jauh jauh kawan kawan aku semua .


Nad yang seksi tu , Qila yang sopan buat peace tuu .

Nad Qila ni selalu jadi ala ala badut dalam geng ktorg . Yang Qila dengan blurr dia . Nad pulak , tak tau nak describe cane . Dia bukak mulut je , ada je benda yang boleh buat ktorg gelak tak ingat dunia . Nad Qila , aku dah banyak sangat cte pasal korang . Yang penting , korang kena tau AKU SAYANG KORANG . SANGAT SANGAT !

Okay . Lepas ni , semua dah bawak haluan masing masing . Ya Allah . Mesti rindu dengan zaman sekolah . kan korang ? Korang , belajar rajin rajin tau . Biar kita semua dapat grad sama sama . Macam time kita grad   Form 5 dulu . Nangis nangis . Comel jee . Aku tak kan lupa kenangan paling best dengan korang . Especially besen meletup time experiment kimia . Ain terpatah kan mende tah nama dia . Pas tu kecoh sebab terhidu bau ammonia . Seronok sangat . 

I hope that our friendship will last until jannah . In sha Allah . Love uols ketat ketat ! <3 p="">

Assalamualaikum .

Pakwe saya :D

17th May 2013

Assalamualaikum . :) Hari ni hari Jumaat . Pengulu segala hari . Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas . Korang pun , cakap Alhamdulillah cepat . Hehehe .. Oh ohh ! Post title kuhh . Mengapakah ? Ehh .. Aku tak de pakwe punss . Tapi saje nak ngaku ngaku ada pakwe .

Korang mesti dah tengok Iron Man 3 kannn ? HANDSOME kan Tony Stark ? Please cakap dia handsome . Haha .. Aku cair woii tengok dia . Robert Downey . Aww ~ Downey . Dah macam url blog aku . Haha ..


Aww ~ Look at him . Haha .. Aku tak tau latar belakang dia . Aku tak peduli pun sebab aku just suka dia bawa watak Tony Stark yang ala ala macho gituhh . Haha .. Kbai . Wee ~ Sampai dua kali haa aku tengok cte ni . Semata mata nak nengok dia . Bhahaha .. Tak de lahh . Dah orang nak belanja kaan . Tak elok tolak rezeki . Thanks ye mereka mereka yang belanja kita . Ihik . :D so , ni laa pakwe aku . Korang tak kenal , buat buat kenal je . Jangan rampas dia kayy . HAHAHA .. Mai dah start sakai . Better i'm leaving . Hee ~

Assalamualaikum .

Kenapaaaaaaa ????

11th May 2013

Assalamualaikum . Post untuk hari ni , bunyi agak suram sedih sikit . Oh campur dengan geram sekali . Bengang pun jugak sama lahh . Haiyaaa .. Apa laa masalah kau eh ? Kau tengah keje , tapi memang suka cari keje sampingan dengan cara memerli orang tahap bongok ? Sumpah sentap ahh dengan kau . Masalah besar sih kau nii .

Masalah nya , kau dah kenapa ? Sewel ? Balik PLKN , kepala otak dah jadi tak betul ? Sorry la macam kasar . Tapi bengang uhh . Perli orang , public pulak bhaaii . Longkang kau laa nak buat macam tu . Pfftt . Memang hanya mampu tersengih bak kerang busuk je laa nak cover ke - sentap - an aku kat situ .

Aku warning kau tadi , and aku harap , tu first and last aku warning kau . Jangan sampai aku warning kali kedua sebab aku akan buat sampai aku tak boleh panggil kau kawan . Ada faham dude ? Aku tak cari pasal , kau pun tak payah laa usik hidup aku . Semak gelabah ayam sungguh perangai kau . Grrr . Manusia tak puas hati . Memang kau juara nya laa .

Hobi atau Habit ?

Assalamualaikum . :) sebelum aku merapu , awaaaakk ~ sorry . Tercerita pasal laksa pulok kat post lepas . Actually memang sengaja sebab orang tau , dia mesti usha blog ni . Eheheh .. Sampai muntah haa kau . BHAHAHAHA ~ Gelak setan sebentar . Lawak doh kau . Macam orang pregnant . Padahal LAKSA je pun . Hee ~ okay  better aku stop . Kang dia meroyan , habiss . Haha ..

Hobi atau Habit ? Habit in Bahasa apa ek ? Hah ! Terima kasih kepada En. Goggle . Tabiat maksudnya ye . Haha .. maklum laa . Duduk rumah lama weyy . Otak dah mendap . Wink wink ! Hobi dengan tabiat lain kan ? Ke sama ? Pada aku , hobi tu macam benda yang kita suka buat masa lapang . Memang tak kan bosan laa kalau kita ulang banyak kali buat benda tu . Kalau tabiat pulak , macam benda yang memang serasi dengan kita sepanjang kita hidup . Ehh ? Mai merepek . Haha .. tapi , memang ni pada pandangan aku laa .

Ada laa orang tu kan , nak argue dengan aku maksud hobi dengan tabiat tu sama . Pada korang sama ke ? Kalau hobi kan . Macam aku . Hobi aku suka makan *benda wajib kot makan niii , pas tu kalau memang dah bosan tahap nak meroyan , layan lagu laa . And paling selalu aku buat kat sekolah dulu , kacau member aku sendiri . Haa .. tu hobi aku .

Kalau tabiat pulak , kalau tdo , wajib peluk bantal busuk aku yang dah bape tahun setia jadi peneman aku . Time sambung belajar bawak ke tak ? Woii ! Mesti bawak ahh . Tak boleh tdo aku tak de bantal busuk tu . PENGAKUAN BERANI MATI YANG JARANG AKU BUAT . Tak ksah laa nak cakap apa . Hahaha .. pas tu , aku kalau makan , 5 minit pertama memang sopan je duduk . Dah 10 minit makan , mesti kaki naik atas kerusi . Dapat bayangkan tak ? Sape yang macam aku , dapat bayang laa . Lepas tu ! Benda wajib yang jadi tabiat aku , bangun tdo je mesti cari HANDPHONE dulu . Ish ish ishh . Haha .. tapi , orang tu kata , bangun tdo cari fon tu , hobi . Apak kau laa hobi . Kau sorang je laa yang anggap benda tu hobi . Memang kau saje suka suka bangun pagi , cari fon . Baik tak payah . Adoyy . Pelik pelik kau nihh .

Paling dia nak argue , asal hobi aku macam kuno sangat . Walawehh . Asal kau tak puas hati sangat ! Argghh ! Haha .. nak meroyan laa ngek dapat member yang selalu tak puas hati dengan aku ni . Daripada kau , hobi kau paling utama , GAYUT DENGAN BUAH HATI . Kahkahkahkah ! Jang oii . Kau tak de ke hobi yang smart sikit ? Hahahahaha ! Lawak gila kau . Dah la tu , bangga nak mati cte kat aku . Sumpah nak tergelak sampai menggelebeh usus ni weh . :'D kot ye nak gurau pun , agak agak laa kan . Memang kau sangat berbakat dalam bab gurau bergurau ni . Haa .. sayang kau lah ngek . Haha ..

Dah tu , tabiat dia lagi mengarut . Hahaha .. aku tak larat nak gelak . Kelakar la kau jangg . Adoyy .. sumpah kau lawak . Masuk Maharaja Lawak en , confirm confirm kau menang ahh . Sumpah tak tipu . Kau sangat sweet . Bajet macam kau je yang ada BUAH HATI . Nasib baik buah hati kau tu , aku kenal . Kalau tak , memang masak ah kau . Adoyy . Cane laa buah hati kau boleh tahan dengan perangai gila kau ni ? Aku yang jadi member kau dari kecik pun , rasa nak bagi kau makan penampar , ni kan pulak buah hati kau . Muka dah hensem . Kalau aku tak fikir kau member , lama dah aku suka kau . Muka je hensem , tapi nak argue dengan aku benda yang tah pape . XD

Kawan , sorry kalau aku agak over disini . Haha .. sumpah tak de niat nak malukan kau . Lagipun , alahh . Dorang tak kenal sape kau . Kau sendiri suruh aku post kat sini kan ? Haa.. nak sangat . Amek kau . Haha .. sayang kau , budak gila ! Kalau nak suruh aku post pasal kau lagi, boleh je . ^_^ jumpa lagi !


Assalamualaikum :)

Memories . :)

Assalamualaikum . :) post lepas sangat banyak typo ye . Malu nyaa . Mangat cte , sekali typo . Ehee ~ actually , aku agak ke - jeles - an bila Mak dengan Abah balik dari Jepun , mereka berdua cerita cerita pengalaman mereka disana . Honeymoon beb ! Haha .. Bak kata Mak , " Biar laa Mak dengan Abah bercuti . Lari kejap dari kome yang memeningkan kepala Mak dengan Abah . Sarah , kamu jaga adik adik . Jangan keje nak bergaduh je masa Mak dengan Abah tak de . Mak tau , kamu kena . " pheww ~ mak saya garang ? Bukan garang . Tegas . Haha .. Part best bila Mak amanah kan aku jaga adik adik . Dah kata kakak , memang guna kuasa veto laa . Tapi part yang aku menyampah , sedap oren limau ais dorang buat aku jadi drebar rasmi . Macam apa je enn ?

Mak cakap , biar laa kamu jadi drebar deme . Mak dah bosan amek dorang ke hulu ke hilir . Nanti kamu dah masuk U , tak de sape dah dorang nak suruh . Nak suruh Mak ? Jalan kaki laa alamatnya dorang tu . Yeahh ! Thats my Mom . Haha .. keje senang . Suka suruh adik adik jalan kaki . Padan muka pun dorang . Tak nak susah langsung . Menyampah . Kenangan yang aku dapat sepanjang dapat lesen P ni dengan adik adik aku , yang aku paling tak dapat nak lupa time bawak dorang pegi Alam , tengok cte G.I. Joe . Pheww pheww ~ sweet k . Bagi aku , memang sweet . Haha .. kenangan ~~

Kat rumah , aku paling manja dengan Mak . So , aku tak tau la cane kalau aku dah sambung belajar nanti uhh . Dah la aku yang selalu urut urut Mak , tdo dengan Mak kalau Abah pegi outstation . Nanti Mak tak de kawan . padahal Mimi dengan Udin ada je tau . Nanti masuk U , tak dapat makan yang Mak masak . Huaaaa ~ kaklong yang belajar kat KL pun boleh homesick , ni kan pulak aku nanti pegi ceruk Gopeng sana . Jauh wooo ~ mai gelabah nak sedih .

Baru baru ni balik kampung , sebab Mak dengan Abah nak mengundi kan . Walawehh . JAM ! Haha .. apa motif aku bagitau jam tak jam highway PLUS tu . Yang nak aku cte , aku dah lama tak balik kampung . Bila dapat balik kampung , dah semestinya laa aku cari LAKSA PAK NGAH . MashaAllah ~ kecur air liur aku sekarang nii . Okay . Skip pasal laksa . Haha .. yang paling penting , kalau balik kampung , apa masalah kau nak cari masakan bandar kan ? Kau nak masakan bandar , kau balik lubuk kau . K k mai gila . Dinner aku masa tuh , memang totally lauk kampung siaaa ~ masa makan tuh , teringat time kecik kecik mak penah cte yang aku sendawa bagai nak bergegar rumah Opah . Ehehe .. tengok laa badan aku macam mana uh dulu . TEMBAM NAK MATI . -.-

Oh ohh ! Kaklong . Adik mu yang comel lagi cun ni rindu kat kau . Nanti kita dapat lepak kejap je ohh . Kau final habis minggu depan . Ada masa nak lepak dengan aku pun , seminggu before aku membadak kat Gopeng tuhh . Huaa ~ sumpah aku rindu kau . Nanti aku sambung belajar , susah nak jumpa wehh . Sobs sobss . Kau laa the only kakak yang aku hado kat dunia ni . Aku tak penah ada kakak lain tau . Haaa . Rindu kau ah wehh . Nak call , kau busy study . Kau buat exam tu elok elok wehh ! Nanti kau balik , kau WAJIB KELUAR RONGGENG DENGAN AKU . Faham ? I miss you like crazy , sistaaaa ~~~

Cukup sampai sini . Sat lagi makin merapu aku . Yang penting , kaklong . Aku rindu kau . Full stop . Selamat membaca . Kalau ada typo , baca macam tak de typo . Faham ? Haha ..


Assalamualaikum .

Tak de post title .

3 May 2013

Assalamualaikum . :) jawab cepaaaatt . Hee . Korang sihat ? Lama nya tak update . Haihh . Adik adik aku punya pasal , aku pun tempias . Benci nyaaaa . Dorang suka main laptop sampai tengah malam . Mak pulak sorok . Memang aku macam ikan kering je laa kat rumah . Bosan gila tahap dewa . Oh ohh ! Nampak tak post title aku tu , ada kelainan sikit ? Haha .. peribahasa kot . Bukan senang nak tengok anak En Roslan ni berperibahasa . Haa .. please give me applause . Aww ~ haha .. kita buat kelainan sebab entry pun mesti ada kelainan . Haa . Mende mu merepek ni Mai oii . -.-

Actually , entry ni aku nak habaq mai sikit . Kau kau . Haa .. kau la . Kau jangan ingat perempuan ni lembut sangat . Erti kata lain , kau boleh pijak sesuka hati . Maaf . Dengan aku terutamanya , memang aku tak kan bagi ah orang macam kau pijak aku . Nak nak kalau kau tu lagi besar daripada aku . Tak cukup napas den . Haha .. okay tak kelakar . Makanya , jangan disangka air yang tenang tiada buaya . 

Hari tu ada sekali aku nak pegi hantar adik aku pegi tusyen . Bawa la kete slow slow . Menikmati malam yang masih muda . Ecehh ! Haha .. menggelabah sangat ayat . Then , boleh pulak time kat traffic light , kete aku queue sebelah kete idaman aku , Audi . Phewww ~ cair dia tak payah cte . Aku ingat that the driver was a man . Ghupe ghupe nyeee , perempuan kot . Haaa ~ kecik molek je . Kira tenggelam ah time aku tengok dia . But deep in my heart , agak salute laa dengan dia . Muda lagi dah bawa kete mewah . Tapi mungkin kere ayah dia ? Ahhh . Tak kisah . Kalau kete dia , double salute laa .

Actually , aku sangat kekeringan idea . Ohhh ! Haa .. malam rabu hari tu , sekolah ada buat charity dinner . Oh maiii . My brother and sister sangat ohsemm okay malam tu . Nak upload gambar buah hati aku tu , tapi tak dapek . Laptop pun kena sorok . Pfftt . Udin hensem wokk . Mimi ? Hmm .. comel laa . Malas nak puji lebih dorang nii . Kuat perasan . Hehe .. nak tengok gambar dorang , pi nuh tengok kat FB mimi . Gambar dia dengan udin . Macam couple je dah aku tengok . Sama tinggi . Comell . Haha ..

Korang dah tengok Iron man 3 ? Dah ? Belum ? Yang dah tengok , sepp sikit ! Syok kenn ? Yang penying , Tony Stark sangat HOT ! Haha . Dah la sakai nak mati . Dua kali jugak laa aku tengok haa . Dua kali tu jugak laa orang belanja . Thanks korang . Jasamu akan ku kenang . Sumpah tak tipu .

Okay . Its time for me to excuse myself sebelum aku start merapu . Memang sekarang ni aku tak de spesifik tajuk untuk entry aku sebab aku lagi suka cakap ikut sedap aku daripada cte ikut tajuk . Bohsan k bohsan . So , moh kita log out moh . Take care peeps .

Assalamualaikum .