Be yourself .

Assalamualaikum . Post kali ni , berbunyi seakan serius sikit . post pun boleh ada bunyi ehh ?  Mungkin agak susah untuk aku bergelak ketawa . Tapi , itu laa hakikat nyaa . Makin poyo dah ni . Kita seteghet to de point je laa .

Kita hidup kat dunia ni , jangan hipokrit . Once you become like this , memang susah laa kau nak survive . Mungkin sekali dua kau hipokrit , orang tak nampak , temberang kau tak pecah lagi . Tapi ce kalau kau buat banyak kali , nak nak dengan orang yang teramat sangat kenal dengan perangai kau , memang kau masak laa .

So kau , jangan laa plastik sangat . Plastik kan susah nak dihapuskan . Sama macam perangai kau laa . Susah nak hapus . Adoyy . Alam maya , kau bukan main galak lagi bercakap . Pijak semut tak mati bhaii . Alam realiti ? Kau ganas . Lancang berkata kata . What theee ? Mana satu diri kau yang sebenar ?

Kalau dalam alam maya kau punya ayat semua manis , sorry laa . Aku angkat kaki keluar dari hidup kau . Aku cakap depan , aku tak hadap ada koleksi member macam kau . Buat susah hidup aku . Rasa nak jadi hipokrit plastik segala bagai , kau pergi bertenggek kat orang yang nak amek kau jadi kawan .

Maaf . Mungkin agak kasar . Tapi , serius . Aku dah tak kenal kau sape . Cakap dengan aku dalam message , bapak ahh . Lain gila kat luar . Just be yourself , dear friend . Aku tak benci kau , cuma BENCI perangai kau yang dah lain niiii . Aku perlu kan kau yang DULU . Please ..

P/s : jantina nya terpaksa dirahsiakan . Ecehh . :P

Berkabung .

Assalamualaikum . Masuk hari ni , dah 3 hari aku dengan kawan kawan aku ' berkabung ' . Sebab apa ? Cop ! Tak de sape yang meninggal dunia k . No No No .. Cuma sebab result yang ala kadar . Aku tak tau asal sampai sekarang aku tak boleh nak jadi diri aku yang dulu . I'm lost peeps . =.= Kalau tengok newspaper semalam , keluar laa news pasal budak SPM , memang aku letak jauh laa paper tu dari aku . TV pun aku tak tengok . Even fon aku pun aku tak layan . Maaf kawan kawan . Mood berkabung still on .

Mungkin orang cakap , SPM is the beginner . Yeah ! My sis pun cakap benda sama . Tapi terkilan uhh . Haa .. So , buat masa ni , kaunter pertanyaan ditutup sampai laa kaunter ini dibaikpulih . Mungkin seminggu ? Sebulan ? Setahun mungkin ? Haa .. Tak perlu laa korang tau bape banyak A aku kutip untuk SPM sebab memang mulut aku , jari jemari aku mesti terkunci rapat , terkaku sebegitu saje . Memang aku tak de mood nak cakap pasal result . -_-

I'M LOST . I need to find myself back . Tolong support aku . I really need your help . :(

Sweet 18 !

Assalamualaikum . :) alhamdulillah . hari ni , bertarikh 22 Mac 2013 , my dear friend NURUL AQILAH OSMAN dah masuk gang 18 . Haha .. Happy birthday my dear . Maintain bengkak k pipi tuu . Haha .. Bila dah masuk angka 18 ni , dah boleh join aku masuk wayang cte 18 laa en . Haa .. Tinggal Nad sorang . Haha ..

Qila , kalau kau baca ni , aku nak bagitau . Walau apa jadi sekalipun , aku doakan kita semua akan terus jadi kawan sampai nafas terakhir . Wuu ~ ayat budak sastera nii . Aku sayang kau weh . Dengan kau je , dah banyak sangat pengalaman kita kutip sama sama . Dengan Nad sekali . Hee ~

Pasal masa depan kita , past is past okay ? Allah dah aturkan semua untuk kita . Mungkin kejayaan kita time kita kat U nanti . Macam kakak aku cakap , tak semestinya budak straight A perform kat U . Okay Qila ? Kau kena kuat semangat . :D Ktorg ada , support kau no matter what . Okay bebeh ?

Happy birthday Aqilah . Aku sayang kau . Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau . Aku doakan kau , sentiasa berjaya dengan apa yang kau nak . Okay sis ? Kalau kau terharu baca semua ni , maknanya kau sayang aku . Hahahaha .. :D Mai merepek je .





HAPPY SWEET 18 MY DEAR AQILAH ~~~

Sorry ..

I'm not strong enough . I'M SORRY . -_-

Hula hula :D

Assalamualaikum . :) dengan ini saya ingin mengisytiharkan , post kali ni adalah idea daripada tunang saya , 'Ain Sajda . Bukan tunang betul tau . Keturunan ktorg tak de nak suka sesama jenis . Thanks to youu dearie . :) Fuhh .. Dup dap dup dap den nak mulo cito . Korang korang , nak tanya . Korang setuju tak kalau aku cakap , lelaki perempuan yang kawan rapat , jarang ending dia bestfriend jugak . Aaaa .. Faham tak ? Okay . Senang cte . Jarang aku jumpa , kalau laki perempuan rapat sebagai kawan sampai kesudah . Ending nya , mesti couple . Haa .. korang setuju tak ? Sebab banyak sangat dah kes ceni aku jumpa . Ecehh . Poyoss . 

Tapi cam bohong jee aku tak penah macam tu kenn ? Haha .. Penah je . Time form 4 . Okayy . Sampai situ je aku boleh cte . And korang penah jangka tak , orang yang korang selalu argue time kecik kecik , akan jadi mate korang sekarang ? Tak kaaann ? Whoaa ~ yang tu sweet k . Sweet k .

Aku nak cte pasal kawan aku sorang ni . Nama dia , biarlaa jadi rahsia . Haha .. Dia nii , aku tak tau laa sejak bila aku rapat dengan dia . Macam tiba tiba tau . Padahal dulu , asyik nak gaduh je . Cakap pun masing masing nak kasar je . Sekejap sangat aku kenal dia nii . Time sekolah rendah , aku tak sedar sangat kewujudan dia . Well ~ budak baru enn . Rasanya time darjah 6 kot kenal . Sebab aku rapat dengan kawan dia . Wahh .. :P

Masuk form 1 , baru laa rapat sikit . Kelakar uhh . Tak tau cane nak cte . Haha .. Punya lama ktorg lost contact , alhamdulillah . Aku dapat contact dia balik . Fb lerr yang membantu . Hee ~ switch fon number , rapat lah kami . Ecehh . Senang cte , aku memang ramai sangat kawan laki . Tapi , semua ni memang kawan aku . KAWAN . Tak lebih . Yang betul betul layak je , lebih dari kawan . HAHAHA .. Gurau sajee . Jangan amek pusing k . Belajo dulu . Sampai jodoh , kahwin laa kau maii .

So , nak jadikan cte , sekarang , dia antara yang rapat dengan aku sekarang . Bape banyak sekarang daa . So , jangan kacau dia . Ahahaha . Poyoyoyoyoyo je ayat . :P Sayang aku sorang je tau . Bhahahaha .. Saje mood gedik petang niii . Bukan selalu . Jangan fikir sangat tau wehh . Aku main redah je ni . Please ah jangan nak fikir serong sangat . :D

p/s : ain . dah . Hahah .. Anyway , kau , kalau dah baca ni . Hah . This is for you . :)

Takut .

Esok result . 21 Mac 2013 tarikh yang akan aku ingat sampai bila bilaaaa ~ Jangan ditanya esok result aku macam mana . Akan ku ignore segala pertanyaan kerana bank jawapan aku tutup esok untuk persoalan persoalan yang bakal menyakitkan telinga aku . Harap maklum .

Susah ..

Assalamualaikum . :) Sorry lama tak update . Laptop menyorok . So , susah nak cari . Hide and seek ennn . :) Susah sangat nak cari , makanya aku give up je lahh . So , tengok tv je lah rutin aku dikala kebosanan melanda . Baku sebentar bersama kit kat . Ohh apakah ? Setelah berhari hari aku menyorok , senyap sunyi ni , aku dapat satu idea untuk dikongsi bersama . Eceehh ~ Makin poyo pulak ayat aku ni since buat comeback nii . Haha ..

Like you all nampak kat atas tu , alaa .. Post title tuuuu ~ Haa .. Tajuk dia , SUSAH . Susah ni , kita boleh tambah macam macam imbuhan ye . Menyusahkan , disusahkan , menyusahi , disusahi , kesusahan , susah susah . Okay . Sudah ! Makin merepek kau mai . =.= Lately nii , kenangan lepas selalu je bertandang di minda ku yang semakin dimamah usia . Contoh paling dekat laa , time aku Nad Qila Alya pegi kem kat Pulau Payar , Langkawi . Pheww ~ Apa kaitan kenangan aku dengan post title aku . Haa .. Beginilah alkisahnyaaaa ~~~

3 hari before bertolak , ktorg berempat dengan ada lagi dalam bape orang tah join briefing kat SAS . Belum pegi lagi , macam macam masalah jadi . Kebetulan , cikgu yang iring ktorg , Cikgu Azman dengan Cikgu Asmarieda . Okayy . Fine . Aku pulak hari tu bawa fon . Pengawas laa katakan . Membabi buta bawa . Bayangkan , sebelum gerak SAS , ktorg 4 orang ditimpa kesusahan yang memang rasa nak give up which is Cikgu Azman lambat sampai sekolah sebab ktorg pegi sana dengan dia . Nak tak nak , keluar kan je laa fon bantai calling calling dia even cikgu pandang semacam . Dah macam orang gila tunggu , akhirnya dengan susah payah nya , ktorg sampai jugak even dah separuh benda dah dorg semua bincangkan . 11(1) kadet polis memang selalu paling belakang .

Dah sampai hari yang ktorg nak gerak , okayy . Bahagia . Sumpah bahagia sebab dapat bercuti lepas final exam . Muahahaha . :D Nak dijadikan cte , kem kat Pulau Payar ni , gabungan Kadet Polis Putrajaya dengan Kadet Remaja Putrajaya . So , ktorg dapat ramai kawan laa . Tak laa geng geng Polis jee yang pegi . Muak jugak asyik tengok muka sama . Hehe .. Patutnya setiap sekolah hantar 5 orang . Tapi sekolah ktorg dengan ada laa jugak lagi sekolah lain hantar 4 orang je . SAS tu , toksah cte . Sebab dorg yang plan . So , memang dorg paling ramai . SSP pun ada jugak . So , faham faham je laa ye . :)

Nak dekat sehari suntuk ktorg atas bas . Atas bas , ktorg duduk jauh jauh sebab tempat tu tak bagi ktorg dekat dekat . Sit tu tau kot yang ktorg tak penah nak pisah pisah kalau ada pape kem . K poyo . So , kat situ je ktorg dah rasa susah nya bila tak de orang yang kita kamceng . Memang susah bhaii . Nak communicate , bapak rasa awkward gilaa . Adoyy . Susah susah ..

Hari first je memang banyak laa kesusahan nyaa . Memang penat kot . Adoyy . Tak larat nak cte . Haha .. Then , sampai kat sana , ktorg dah diinform yang kat pulau tu , memang tak de sumber air tawar . Maknanya , ktorg akan mandi air masin . Hah .. Tu laa dia kesusahan yang paling susah ktorg nak terima k . Tak penah dibuatnya aku nak mandi air masin . Mandi laut tu meme lee . Tapi beragak laa . Nak gosok gigi , guna air masin . Gilaa sakit jiwa nyaa . Adoyy .

4 hari kat situ , kira nasib baik je kalau hujan . Ktorg dapat laa mandi air tawar . Kalau tak hujan tu , memang nak tak nak air masin laa basahkan mulut ktorg , badan ktorg . MasyaAllah . Melekit dia , tak payah cte . Sebab tahap infiniti melekit diaaa . Masa kat sini , aku Nad Qila Alya belajar susah senang bersama . Sebab banyak sangat benda jadi kat ktorg . Memang saat tu , kalau ktorg tak kuat , memang nak balik time tu jugak .

So , dalam hidup kita ni , orang kaya pun mengalami kesusahan , kepayahan hidup . Sebab apa aku kata dorg susah ? Sebab dorg asyik nak fikir dunia , tak sikit pun nak fikir akhirat . Betapa payah nya dorg nak terima hakikat kalau harta dunia ni tak boleh bawa sampai mati pun . Orang pandai pun susah jugak . Kenapa ? Dia jadi riak dengan kepandaian dia . Dia lupa diri . Tak ke dia menyusahkan orang lain dengan sifat dia tu ? So , fikir fikir laa . Korang yang tak penah rasa susah , memang korang akan jadi orang paling susah nak terima kesusahan tu . Setuju tak ? So , hidup atas muka bumi ni , jangan bangga diri sangat . Allah tarik kesenangan kau , baru kau tau nak menyesal . Muhasabah diri kita . :)

p/s : aku tau aku banyak merepek sebab post ni memang nak hilangkan rindu je kat sini . Tak yah amek port sangat laa ye . Hee ~

Post title ? Fikir sendiri

Ake keliru . Aku buntu . Aku penat . Aku tak tau apa yang aku kena buat . Aku letih nak fikir semua ni . Aku keliru nak buat keputusan . Aku tak suka . Aku tak suka keadaan yang macam ni . Aku tak suka dipaksa . Please .. Jangan paksa aku . Aku merayu gila . Aku inginkan ketenangan yang berpanjangan . Bukan kekeliruan , sakit hati , kecewa yang selama ni menghantui akal fikiran dan hati aku . Please . Go away . Jangan gunakan kuasa veto kau untuk paksa aku . Kau tak layak ..

p/s : jangan tanya aku kenapa aku deactive segala account aku , aku off fon or tak layan message kau . Ni sebab aku nak lari dari kau . Aku nak TENANG . Tolong . Faham aku ? :'(

Privacy

Apa masalah kau sebenarnya ? Keluar dari hidup aku , please ? Aku perlukan ketenangan sekarang ni . Maaf ..

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum . :) Lama nya tak update wehh . Bukan malas , tapi tak de idea nak cte .Woot woot ! Rinduuuu ~ Kbai . -_-

Oh ohh ! Anak pakcik Roslan ni , dah officially 18 woot ! Haha .. 12 Mac 2013 , maka jadilah aku seorang insan yang boleh lepas masuk wayang nak tengok cte yang 18 keatas . Haha .. Erti kata lain , aku dah BESAR . Haha .. * pahal banyak sangat haha aku * Mood bahagia k . Korang apa tau . Hee ~

9 Mac 2013
Muehehe .. Maksu ajak celebrate birthday kat Alamanda . Woot ! Ktorg lepak kat Johnny's macam biasa laa . 4 family tu . Family aku , Ciksu , Maksu dengan Paksu . Ktorg celebrate birthday orang yang lahir bulan Mac jerr . Haha .. Seronok gila wuyy .

Paksu - 13 Mac
Ainin - 3 Mac
Aku - 12 Mac
Nabila - 5 Mac
Ikin - 20 Mac

Keluarga bahagia . Haha .. Lepas asar , gather kat situ . Memang ktorg paling ramai kat situ . Pfft .. Riuh ? Toksah cte laa . Macam pasar . Haha .. Dapat pulak makcik makcik aku bertemu bergabung , memang meletup . Aku pun jumpa cousin , memang macam batak . Kamera sana sini , melaram je laa . Hehe .. Celebrate birthday kali ni , paling tak boleh lupa . Sebab dah macam family gathering . Alhamdulillah .. Happy Family . :')

Lepas tu lepas tu , before balik , Mak dengan Kaklong beli kek . Untuk aku kot ? Haha .. Sekali esok nya , before Kaklong balik kolej , ktorg satu family celebrate lagi sekali . Woot ! Untungnya duduk rumah jee . free dapat kek . Haha ..

Then , sharp on 12 March , aku test JPJ . Aku punya lupa yang hari tu aku dah 18 sebab cuak fikir JPJ . Fuhh ~ Memang separuh mati ah tahan shaking time nak on the road . Last last , aku lulus . Alhamdulillah . That was one of my precious birthday present . Bersyukur sangat . :)

Last but not least , aku nak amek kesempatan ni , nak ucapkan jutaan terima kasih yang wish birthday , yang sanggup tunggu midnight , berpusu pusu hantar sampai kredit aku pun nazak . Haha .. Yang mendoakan aku , terima kasih banyak banyak . Moga Allah berkati hidup korang . Insyaallah amin . :) Yang lambat wish , tak pe . Tak minta untuk diingati , tapi better late than never kan ? ;)

Okay , sampai sini je coretan aku kali ni . Aku sangat bahagia dikala usia aku menginjak ke angka 18 . Alhamdulillah Allah masih berikan aku nyawa hingga ke hari ni . Terima kasih Ya Rabbi . :) Umur hanya angka kan ? Terpulang pada kita macam mana nak tunjuk kat orang betapa matangnya kita seiring dengan umur kita . * tak faham ? Aku pun tak faham * 

p/s : Thanks youuu sebab buat kita terharu . Sangat speechless + terharu . Serius . :') oh ohh ! Nad dengan Qila pun . Thanks a lot . Hang kat Alam . Woot ! Ain pun , thanks jugak . Promote dalam blog Ain . Haha .. Love uols sampai hujung nyawa . :*

Post title ? Tak tau ..

Assalamualaikum . :) Aaa ~ ada orang tu , dengki dengan aku tau . Tah pape . Haha .. Dah laa sengal UBI BESI KARAT . Cikgu mana ajar kau macam tu . Laka laka sungguh kau , kawan . ^_^ Aku dah letak dalam koleksi aku ayat tu . Kbaii . Haa .. Lately , aku tak tau kenapa . aku suka sangat perhatikan orang . Maklum laa , dah dapat keluar dari lubuk penyembunyian aku , rasa macam dunia ni banyak berubah . * hiperbola jap *

Aku tak tau nak cte apa la weyy . Selalu je bukak blog ni , tapi bila time nak post , idea hilang serta merta . Mencik ! Pape pun , result dah nak keluar wey . Menghitung hari je nii . Rasa nak hentak kepala sape yang tak nak result keluar next week . Habis korang nak result keluar bila ? Tahun depan ? Aku tak larat doh nak tunggu . Sape yang cakap tak nak result keluar next week , kau pegi keluar Malaysia ahh . Menderita uhh ceni . Haa .. * dapat rasa tak penderitaan aku kat sini *

Program Latihan Khidmat Negara . Yes . PLKN . Okayy . Tetiba rasa nak pegi . -__- Bukan apa , ni semua sebab rindu kat kadet polis . Kem kem time sekolah dulu . Huaa ~ Rindu nak pegang senjata , rindu nak kawad , rindu nak main rentas halangan . Haha .. Poyo je semua tu . Yang dapat pegi PLKN , especially yang second intake 30mac ni , take care yohh . Have fun kat sana . Weet weet !

Ohh ohh ! Kau kau kau . Seronok mainkan perasaan orang ? Whoaa ~ Manusia macam kau kan , layak dipanggil PEMUSNAH , PEROSAK . Upss ! Kasar ? Maaf . Saya tak reti nak berlembut dengan orang macam awak . Dalam falsafah hidup saya , tak de pun ayat suruh berlembut dengan orang yang dah terlampau kasar dengan saya atau orang yang dekat dengan saya . Kali ni , aku tak boleh nak tolak ansur dengan kau sebab kau dah main dengan api tau . So , you better watch out .

Ain message aku , " Mai ~ rindu gilaa ! :') " . Pagi pagi tau dia message . Haha .. I miss you too laa beb . tak mampu nak ungkap dengan kata kata . Aww ~ ayat aku makin memoyo . Okayy . Pinjam gambar k dear ?


Ni laa dia awek kita . Haha .. 'Ain Sajda . Cun kaannn ?

p/s : asal kau message aku balik hah ? Aku tak suka . Aku rimas . Jangan kacau aku dah . Pleaseeee

Lost of words ..

# Sangat happy okay hari tu dapat ronda dengan Nad Qila . Nad's first test drive . Pheww ~ Macam mana dia menggila , macam tu jugak laa cara dia drive . Aku dengan Qila rasa macam naik roller coaster k . Pape pun , part nak keluar parking paling kelakar . Haha .. Berpeluh peluh dalam kete , gelabah + cuak takut kena kete sebelah . Agak lama ye kat situ . Haha .. Sayang korang !

# Jangan rosakkan kepercayaan aku kat kau , please ? Aku tak boleh nak panggil kau KAWAN kalau kau asyik nak tikam belakang . Kawan makan kawan . Kau kenyang ke wehh ? Setahu aku , manusia macam kita ni , makan nasi roti bagai . Kau ? Makan kawan kau sendiri ? Ish Ish Ish .. Tolong weh .

# Aku teramat sangat speechless bila kau cakap macam tu kat aku . Terharu ? Tak . Terkejut ? Tak . Sebab aku dah expect benda macam tu akan jadi . Nampak sangat dah . Sangat clear . :) Thanks btw .

# Don't let it out kalau kau tak maksudkan benda tu . Please ? Jangan jadi kasanova laa weh . Ingat aku tak tau , dah bape banyak kau mainkan ? Dengan aku , kau jangan harap dengan kata kata manis kau , kau boleh cairkan aku . No No No .. Aku bukan jenis cepat cair , nak nak pulak dengan orang macam kau .

# Semua yang diatas membuatkan aku terfikir dan kadang kala speechless . Pasal friendship , aku tak tau macam mana nak handle myself kalau masuk U kalau kawan macam Nad Qila semua tak de . Pastu , in future , tak semestinya kita ada masalah dengan kawan . Maybe dengan laki pun ada . So , aku harap , in future , I can handle myself and be myself . InsyaAllah . :)

Kawan . :)

Assalamualaikum . :) Hee ~ nak cte sikit jee .


* Kita hadkan sikit saiz gambar dia . Sebab nanti dia tengok , mesti kembang tak kempis balik .

Alrite . Makhluk kat atas ni , kawan lama den . Nama ? Khairul Anwar . Sekolah mana ? Biarlah rahsiaa .. Siapa dia pada aku ? Deyy .. Dah cakap kan atas tuh , KAWAN LAMA . Dulu , ktorg sekolah rendah sama sama . Sekejap je pun . Aku kenal dia time darjah 4 , then darjah 5 dia pindah Perlis . Kot . Kan weh kan ? Kau pindah Perlis kan kan ? Haha .. Tak ingat sebab setahu aku , kau dulu macam nomad . Ahaha .. * maaf . Jangan marahh *

Dia ni , budak cerdik . Cerdik sangat . -_- sampai aku penat ahh dengan dia nii . Tapi , pape pun , dia sangat gelabah . Okay , takde kaitan . Haa .. Kau kau . Jangan marah tau dengan setiap perkataan yang ada kat sini .

p/s : weh , aku curi yang ni , tak pe kan ? Dah cukup handsome dah tuu . Macam apa je . Haha .. Thanks tau . :P anyway , aku saje nak promote kau kat sini , sebab aku tak de topik ! Hehehe .. Tak pe kan wehh ? Kau kan baik . Kan kan ?

Aku terasa hati dengan kau , wahai kawan . Harap maklum . -_- Terima kasih laa sebab kau dah banyak kali buat aku terasa dengan kau . :) Alam maya , kau rancak sembang . Alam nyata , ternyata kau lain . Hipokrit . Ohh .. Perkataan yang sangat simple , tapi bagi seribu satu makna yang boleh buat semua orang hilang kepercayaan dekat kau . Dulu kau kawan aku . Kawan BAIK aku . Sekarang , mungkin kau kawan aku . Kawan ke yang selalu buat aku terasa ? Kawan ke yang selalu tinggalkan kawan bila diperlukan ? Kawan ke yang tak reti apa yang aku nak selama ni ? Kawan ke yang selalu pentingkan diri sendiri ? Maaf . Mungkin aku still boleh berkawan dengan kau , layan kau macam tak de apa yang berlaku , sebab aku still sayang kau . Aku sayang kau as my best friend . But please , jadi laa diri kau yang dulu . :) aku letih , aku penat dengan semua ni . Nak tinggalkan kau , kau kawan aku . Nak terus stay dengan kau , aku sakit hati . Cuma harapan aku , kalau kau baca post ni , tolong . Berubah jadi yang dulu .

Assalamualaikum ..

...


# muhasabah laa diri kita . :)

Berbeza

Ehem . Bro . Kalau lu tau link blog wa , and lu selalu baca blog wa , wa harap lu terasa sikit yang post ni , memang untuk lu . Sorry . Untuk manusia macam kau , * kau manusia ke ? Aku kompius * tak patut diberi layanan yang baik , kata kata yang baik . TAK LAYAK okay ? Orang macam kau , penuh rasa dendam dalam hati tau . Apa yang orang lain buat , semua tak kena dimata kau , sebab hati kau dah kotor . Bawa bawa laa diri tu dekat pada Allah , bersihkan hati kau yang dah berdaki tu . Ce muhasabah diri kau tu . Kau dah cukup sempurna ke nak mengata orang dengan perkataan yang tak baik tu ? Aku pun tak sempurna . Kawan baik aku pun tak sempurna . Tu pasal kau sedaya upaya mencari ketidaksempuranaan ktorg tu , kau saje nak aibkan ktorg untuk puaskan hati kau yang asyik nak berdendam tu . Sedar laa weyy apa yang kau buat tuu .

Betul cakap kawan aku , once kau mengata orang , beribu patah balik kat kau . Tak rasa pun beribu , berjuta kot . Sebab what goes around comes around . Karma hidup weh . Cerita lama , kau ungkit balik asal ? Kau jobless sangat ke sampai bosan , pastu ungkit balik benda yang dah lepas ? Tolong laa . Bukan ni cara kau nak raih publisiti murahan kau . Cara yang sangat salah . Peduli apa aku orang tak suka aku ke , tak suka kawan aku ke . Yang penting , aku dengan kawan aku , hidup bahagia dengan cara ktorg sendiri . Tak kacau kau pun . Kau susah hati eh tengok ktorg bahagia ? MasyaAllah . Berdosa tau dengki dengan kebahagiaan orang . Kau sepatutnya turut doakan ktorg . Bukan tabur fitnah macam kau tabur baja kat merata tempat . Bukan tu cara nya kau nak jatuhkan orang .

Kalau nak benci orang pun , selidik dulu latar belakang orang tu . Bukan main redah nak cakap macam macam . Kau dah cukup kenal aku dengan kawan aku tu ke ? Kalau kau diberi peluang sekalipun , aku tak kan izinkan kau nak kenal aku . And even kawan aku tu pun mungkin tak kan bagi peluang yang sama . Memang aku dengan kawan aku tu , berbeza sangat . Aku memang sedikit ganas . And macam yang kau NAMPAK , aku kawan dengan budak sekolah yang kau cakap tu . Tapi , yang kau nampak , tak sama dengan apa yang kau tafsirkan . Kalau kau nampak aku lepak dengan dorg je , ohh .. Jalang la tu eh ? Kepala hotak kamu . Haa .. Tu bukan jalang namanya sengal . Tu berkawan . Aku tau mana beza nak berkawan , mana beza nak mencapub .

Kawan aku memang kontra dengan aku . Dia jenis lembut . Tak cepat marah . Thats why kau senang mengata dia macam macam sebab kau fikir dia tak kan serang kau balik . Sesungguhnya , kau silap langkah bila dah masuk campur dalam urusan hidup ktorg . Tolong laa wahai manusia . Jangan ganggu hidup ktorg lagi . JUST MIND YOUR BUSINESS . Okay ?

# Kau kena faham putaran hidup weh . Kau cakap sekali kat orang , berjuta pergi balik kat kau . And memang kawan aku susah nak benci orang . So , sekarang ni , officially kau dah tambah kan koleksi orang yang tak suka kat kau . Makanya , jangan nak kecoh cakap orang tak suka aku . Biar laa . Hak masing masing nak suka atau tak suka kat orang . Kan ? Renung renungkan lah . :)

Beragak sikit .

Post ni , aku memang tak de nak bermadah helah segala macam benda . Tak de . Saat ni , aku sangat panas dengan perangai kau . Kau mulut , memang busuk kaan ! Lagi busuk dari loji taik belakang rumah kau , lagi busuk dari longkang ! Mulut orang tak pernah gosok gigi macam kau , memang langsi nak berkata kata . Kalau aku dapat kau sekarang , memang mati laa kau . Sumpah !

Kalau tak puas hati , cakap depan laa weyy . Dah pengecut cakap belakang pahal ? Sedar sedar laa diri tu sikit . Ni kau nak libatkan kawan aku sekali . Memang melampau kelangit ahh tu . Kau kat sekolah tak belajar Sivik ke , nak hormat orang lain ? Hormat privasi hidup orang ? Aku ada kacau hidup kau ke ? Kawan aku ada kacau hidup kau ? TAKDE KANN ? SO , STAY OUT FROM OUR LIFE ! Tolong ahh weyy ! Kalau kau rasa nak tumbuk muka aku , aku lagi rasa nak pijak mulut kau yang macam setan punya ayat tuu . Kalau dah hidup kat dunia ni , nak menyusahkan orang lain , tak heran laa kalau ramai yang pinggirkan kau . Serius aku cakap .

Kau nak cari pasal pun , beragak laa weyy . Kau dengan aku , memang tak layak nak bergaduh . Mulut kau , perangai kau , lagi teruk dari setan . Setan setan aku yang kau cakap ni pun , aku still boleh beza mana mencapub , mana maksud perempuan murahan bagai . Daripada kau , kaki sembang , kaki mengutuk , kaki mencaci maki orang , lagi tak guna nya ! Pas tu tak nak mengaku pulak tuu . Apahal ? Tak sedar diri ? Kau tempah laa cermin sebesar alam ni , kau dengan kawan yang seangkatan dengan kau tu ,CERMIN DIRI TU DARI ATAS SAMPAI BAWAH . PERFECT SANGAT KE NAK MENGATA ORANG MACAM MACAM . hah ? Lagi sekali aku dapat tau kau mengata lagi belakang aku , kau cakap perkataan yang memang mencarut tahap dewa , lu mati . Serius ! Nak langsi dengan aku , lain masa laa . Aku tak kacau hidup kau doh !

Memang post ni , aku cakap direct . Nasib je sekarang ni tengah cuti . Kalau tengah sekolah lagi , memang aku jumpa kau sampai benda ni aku bawak sampai mati wehh . Orang macam kau , tak layak nak dimaafkan kalau minta maaf banyak kali pun . And orang macam kau , reti ke guna perkataan maaf tu ? Aku rasa tak kot sebab kau tu mereng ! Otak letak kat tapak kaki . Elok sangat laa tu . Tu pasal main redah cakap orang macam macam . Bagi nasihat pun , mesti tak masuk pun dalam telinga kau . Haa .. Aku memang bengang gila dengan jantan macam kau . Sorry laa . Muka kau , kalau dapat depan mata aku ni , memang aku bagi hancur je .

p/s : Sorry kalau ayat macam kasar sangat . Ni sekadar nak luah kat sini je . Maaf jika ada yang terasa .

Rinduuu

Assalamualaikum . :) Nak cakap jutaan TERIMA KASIH kat korang yang setia follow post post merapu aku dari dulu sampai sekarang . Dari aku guna link lama sampai laa link baru ni haa .. Thank you so much . :D


Okay , back to the topic . Saya sebagai budak yang sayangkan sekolah , nak bagitau niii . * sayang sekolah ? Woh ! * Saya rindu homework , saya rindu makmal Kimia , saya rindu tapak perhimpunan , saya rindu kelas , saya rindu meja kerusi saya , saya rindu nak manja dengan cikgu cikgu , saya rindu nak main copy paste keje sekolah , saya rindu nak buat keje gila dengan Diyana , saya rindu nak menyakat 'Ain Qila semua , saya rindu nak curi curi curi tdo dalam kelas , saya rindu nak kena aim dengan teacher Fizik , saya rindu nak masuk kelas tambahan lambat , saya rindu nak buat law sendiri kat sekolah , saya RINDU segala galanya . :'(

Menipu gila laa kan sape yang tak rindu zaman sekolah . Meh nak tengok sikit muka yang tak rindu zaman sekolah . Paling rindu time besen kaca pecah dalam Makmal Kimia . Rasa macam budak Henry Gurney kot masa tuu . Gila ganas nya group aku time buat experiment tu . Dengan kelakar nya ada group aku dok main redah cium bau Ammonia . Aku dengan Diyana yang pegi amek pun rasa nak muntah . Ni kan pulak pegi hidu depan depan test tube . Adoyy .. Haruu ~

Time grad pulak , lagi kelakar . Semua asyik bising jubah labuh bagai . * tak pikir aku tuu ~ dah macam nak terbang je aku pakai * 



Jubah aku dengan Siya paling macam nak terbang


Pantang nampak kamera wok 

Menggila adalah kerjaya aku dan kawan kawan time sekolah dulu . :) kan korang ? Tak sah kalau sehari tak memekak . Pas tu , kalau sorang tak datang , teramat lah janggal nya di situ . Rindu k , rindu . :') Nak pegi picnic lah ceni dengan dorang . :P * ye ye je picnic kau * 

Yang sambung form 6 tuh , cane ek ? Korang sekolah macam budak sekolah ehh ? * teringin nak tau * Okay laa . Malas cakap banyak . Hee ~ jumpa lagii . Assalamualaikum . :*

Seronok ke gaduh ?

Assalamualaikum . :) Sorry laa main private tak private je blog . Sungguh tak de idea . Keringg . -_- aku jarang online . Tapi , baru baru ni online jap . Lawat FB usang tu kejap . Tak pasal kat News Feed tu haa , keluar status budak bergaduh pasal laki . Apakahh ? Wahai kaum Hawa , jangan laa malukan kaum kita semata mata kerana seorang Adam . Laki tu pun belum tentu jadi suami korang enn .

Paling tak menahan , bahasa yang dorang guna tu , terbaik laa . Mencarut bagai toksah cakap laa . Every single comment tu , ada je perkataan mencarut . Gila uhh . Memang makanan dorang eh ? mention perkataan tu , kemain lancar jee . Tak risau pape . Haihh .. Susah jugak kalau dah sosial sangat . Seronok eh gaduh sebab laki , pas tu menyerikan pertempuran korang tu dengan perkataan tak senonoh ?

Nak block , baru time tu aku tengok budak tu macam tu . Maybe dah berasap sangat laa tu orang kacau balak dia . But still sis , tak payah nak maki kat FB laa . Nak settle benda , jumpa depan . Gaduh laa kaw kaw . Tarik rambut ke , nak tumbuk ke , buat laa . Tak payah semak kat news feed orang ye ? Harap maklum .

p/s : Post ni , sekadar meluahkan perasaan . Tak de kaitan nak share pape . * yang kau post ni , bukan share ke , mai ? mende tah kau . *

Random #2

Assalamualaikum . :) dikala aku ada idea ni , biar laa aku manfaat kan idea tu dengan meluahkan nya di sini . * dah diam merepek nye * mood petang , memang cenggini . Hehe .. Tingtong adalah perkara biasa . Dah kenapa baku ? Haihh .. Masalah . Time SPM taknak buat betul betul ayat BM karangan . * apa kaitan ohh * Dah . Moh kita balik ke topik asal .

Korang tau kan TYPO tu apa ? Kalau ada yang tak tau , aku pun tak reti nak explain cane . Takut tak sama maksud dengan apa yang korang faham pasal typo tu . * panjang gila kau nak cte * Yang aku tau , typo tu , kita tersalah taip . Kan kan kan ? Let say , selalu orang tersalah type okay . Jadi oaky . * tak payah cari contoh jauh jauh . aku pun selalu type macam tu * Bagi aku kan , comel sangat tau orang yang selalu mengalami masalah typo . * bukan promote diri sendiri * Sebab kan , dia mesti gelabah nak reply conversation orang . Bila dah typo , mesti gelabah type balik ayat betul . Bila dah gelabah , typo lagi . Haa ~ Sape selalu ceni ? Kita geng k . Kita geng . =.=

Hobi korang apa ek ? Nak share ? Kalau aku , semesti nya MAKAN . Muahaha .. Rasanya terikut family belah Mak . Family belah Mak , masyaAllah . Kalau boleh , tiap tiap minggu nak hang ramai ramai , cari kedai makan . * merapatkan silaturrahim laa katakan * Memang seronok laa . So , tak hairan laa kalau korang yang lamo tak jumpo den , kato kat den yang den ni makin tembam la , gemok laa bagai . Hah . Suka hati hangpa laa nak cakap apa . Mulut hangpa kan . Kbai . -_-

Tarikh untuk result SPM keluar memunculkan diri nya yang telah sekian lama sembunyi makin hampir . Macam mana susah nya result tu nak keluar , macam tu laa jugak susahnya aku untuk hidup macam orang normal . * ehh .. apakahh ? * maksud aku , kalau terfikir pasal result , rasa nak meroyan . Rasa nak cepat je tau . Then , what a relieved laa ~ Grr ..

Rasa rasanya , benda biasa tak kalau aku yang dok tanam anggur kat rumah ni , request kat parents nak macam macam ? I mean , nak pegi bercuti . Haa ~ Boring tahap kambing kat rumah wehh . Dapat keluar pegi bercuti pun , best jugak . Kan Abah ? Pegi Thailand yok cuti bulan 3 ni . Ala kemas rumah apa semua , then , Abah bawak laa pegi sana ehh ? * mengampu kau Jahh * Bab bercuti , memang ktorg galak . Hehe ..

Okay , penat dah mata hadap laptop lelama . Nanti aku post lagi k ? Thanks sudi layan blog bughok ni . sayang korang . :* Asaalamualaikum . :)

Perli ke apa tu , bah ?

Assalamualaikum . :) Sorry laa . Lama sangat private kan blog . Sebab takde topik nak share . Wuwu ~ Semalam , having a great day with my family . Alhamdulillah .. Kaklong cuti seminggu . So , aku ada kawan kat rumah ! * tak de laa macam zombie sangat kat rumah sorang sorang * Semalam , lepas Abah hantar kete pegi bengkel , kitorang berempat * Mimi dengan Udin ada kelas tambahan , so tak ikut . Hehe .. * pegi Alamanda . Bape abad dah tak jejak sana dengan Abah . Hehe ..

Dah tu , dah puas berjalan , Mak den ni pantang gilo nampak kedai kasut . Aku dengan penuh sabar , ikut laa Mak aku . * sekarang ni , aku bodyguard Mak tau * Mak dah pilih pilih , tanya aku mana yang lawa bagai , dapat laa yang berkenan . Kebetulan semalam Siti ada kat Alamanda tu haa . * kenapa aku cite ? * Mak dah melaram dengan kasut baru dia , * lepas bayar tu , terus pakai tau * aku dengan muka monyok ikut laa Mak ke hulu hilir cari Abah * Abah kalau Mak shopping , mana dia nak follow * dah jumpa Abah dengan Kaklong , Abah ngendeng sebelah aku .

" Asal muka monyok ? Seronok ikut Mak shopping ? "

" Seronok apa , kalau belanja orang Famous Amos , tak pe jugak . "

" Aih . Nak branded aje . Keje pun tidak . Alaa , kamu dah jadi PA Mak pun , okay apa . Tak de laa menganggur je kat rumah kan ? "

Dengan muka bengang nya ,

" Abah perli ke apa ? Orang bosan laa asyik kena ikut jee . Nak jugak keluar dengan kawan . "

" Okay okay . Nanti ajak kawan keluar . "

Terserlah tak ke - boring - an aku duduk kat rumah ? Malam tadi pun , Mak selamba je cakap ,

" Mak selalu tarik kamu ikut mak sebab kamu takde pape komitmen . Duduk rumah je . So , mak kesian . Mak bawak laa kamu ikut mak . "

Baiklah mak . Orang ikut . * syurga bawah tapak kaki mak wehh * Nasib baik mak aku . Kalau Mak orang lain , haa .. tak tau nak respons apa . =.= Hidup jadi budak lepas SPM ni , sangat boring ! hari hari buat benda yang sama . Yang mana kerja , lain cite laa . Kutip pengalaman enn . Yang tak keje , macam aku ni ? Asyik kena perli jee . Macam macam laa . Nasib baik wa punya hati ada baik . Kalau tak , lu punya muka wa kasi pecah laa . :P * okay tetiba nak jadi gengster *

So , tunggu next post laa . Kau kering idea laa . Maaf ye . See you . Assalamualaikum . :)