Rinduuu

Assalamualaikum . :) Nak cakap jutaan TERIMA KASIH kat korang yang setia follow post post merapu aku dari dulu sampai sekarang . Dari aku guna link lama sampai laa link baru ni haa .. Thank you so much . :D


Okay , back to the topic . Saya sebagai budak yang sayangkan sekolah , nak bagitau niii . * sayang sekolah ? Woh ! * Saya rindu homework , saya rindu makmal Kimia , saya rindu tapak perhimpunan , saya rindu kelas , saya rindu meja kerusi saya , saya rindu nak manja dengan cikgu cikgu , saya rindu nak main copy paste keje sekolah , saya rindu nak buat keje gila dengan Diyana , saya rindu nak menyakat 'Ain Qila semua , saya rindu nak curi curi curi tdo dalam kelas , saya rindu nak kena aim dengan teacher Fizik , saya rindu nak masuk kelas tambahan lambat , saya rindu nak buat law sendiri kat sekolah , saya RINDU segala galanya . :'(

Menipu gila laa kan sape yang tak rindu zaman sekolah . Meh nak tengok sikit muka yang tak rindu zaman sekolah . Paling rindu time besen kaca pecah dalam Makmal Kimia . Rasa macam budak Henry Gurney kot masa tuu . Gila ganas nya group aku time buat experiment tu . Dengan kelakar nya ada group aku dok main redah cium bau Ammonia . Aku dengan Diyana yang pegi amek pun rasa nak muntah . Ni kan pulak pegi hidu depan depan test tube . Adoyy .. Haruu ~

Time grad pulak , lagi kelakar . Semua asyik bising jubah labuh bagai . * tak pikir aku tuu ~ dah macam nak terbang je aku pakai * 



Jubah aku dengan Siya paling macam nak terbang


Pantang nampak kamera wok 

Menggila adalah kerjaya aku dan kawan kawan time sekolah dulu . :) kan korang ? Tak sah kalau sehari tak memekak . Pas tu , kalau sorang tak datang , teramat lah janggal nya di situ . Rindu k , rindu . :') Nak pegi picnic lah ceni dengan dorang . :P * ye ye je picnic kau * 

Yang sambung form 6 tuh , cane ek ? Korang sekolah macam budak sekolah ehh ? * teringin nak tau * Okay laa . Malas cakap banyak . Hee ~ jumpa lagii . Assalamualaikum . :*

No comments:

Post a Comment