Random . :)

Assalamualaikum . :) hee ~ sehari je , dah bape banyak aku post uh . * aku tau korang bosan tengok aku merepek tak habis * kat FB tadi , ramai orang post pasal ada orang perempuan mati sebab bunuh diri kat Times Square . cina . aku tak tau cte cane sebab orang post gitu gitu je . so , aku pun layan gitu gitu je lah . hehe .. :) so , our topic today is RANDOM . makanya , apa je yang terlintas kat minda aku , aku taip kat sini . tak kisah laa apa yang aku fikir . aku nak share kat sini . korang tak nak baca ? ohh .. tak pe . dengan berbesar hati dan tapak tangan disertakan sekali dengan senyuman paling 'manis' , anda boleh beghambuih dari blog ni . okay ? :) terima kasih . ^_^
Haa .. saje nak kepoh jap . aku suka makan NASI AYAM PENYET . korang ? haa . tak kisah laa korang suka makan apa . janji makan . ye dok ? haha .. ayam penyet ni , femes kat Indonesia . tapi , kat Malaysia ni pun ada dah . bersepah sana sini orang jual . yang best nye nasi ni , sambal dia , adoyy .. pedas pedas manis sikit . pheww ~ dapat pulak yang betul betul indon marii yang buat kat sini , memang korang tak payah pegi indon dahh . save duit flight . ngeh ngeh ngeh . :D Aku minat gila dengan makanan ni since abah bawak ktorg pegi Johor . masa tuh , ktorg nak lunch . abah tak de . join meeting dengan kawan kawan yang lain . mak bawak ktorg adik beradik pegi cari kedai makan . last last aku main redah je cakap kat mak nak nasi ayam penyet . sebab kedai tu je yang ada depan mata sebab dah kebulur gila . haha .. pape pun , memang terbaik laa . :D
Korang suka warna apa ek ? aku suka warna biru . hehe .. biru kan macam peace jee . sedap mata nak tengok . warna langit kan biru . so , kalau aku tengah serabut , tengok langit . huaa ~ kalau malam , aku pi tidoq laa . haha .. nak tengok langit buat apa . dah gelap . aduuii . sape suka biru , kita geng ! * high five sikit *
Kalau cakap pasal cte korea ke apa kan , aku tak laa tak layan sangat . layan laa jugak . cuma cte BOYS OVER FLOWERS dengan WINTER SONATA jee . haa .. yang ni je tarik perhatian aku untuk suka korea . hihi .. yang lain macam , oh k . tak pe . tak minat . :) * apa function nye aku cte *
Aku tak suka orang judge aku tiba tiba . paling tak suka kalau dia tak kenal aku , tapi kepoh nak judge sana sini . walawehh ! ekau sapo nak cakap eden ni macam macam ? hakim ? huhu .. layak ke ? O.o kalau umuq tu setakat duit belanja hang nak pi lepak dengan member pun , mak ayah tanggung , toksah nak ngata orang macam macam sangat lah ye . haa .. peringatan . :) kalau dah cukup cukup kenal aku , sampai family members aku pun kau kenal , nak judge aku cane pun , suka hati lahh . haa .. tegur demi kebaikan bersama .
Korang rabun tak ? kalau rabun , memang tiap masa eh korang pakai spec ? kalau aku , time kat rumah dengan kat sekolah je pakai . kalau keluar pegi mana mana , memang letak kat rumah je , tak pun bawak letak dalam beg . just incase nak tengok wayang . aku tak pakai kat luar pun sebab aku tak nak nampak sesape . bukan sombong laa . tapi kalau boleh , time aku tengah hangout dengan family atau kawan , aku tak nak terserempak dengan sesape . sebab segan . hee ~ so , maaf laa sesape yang penah kena ceni . memang aku tak nampak muka orang pun kalau tak pakai spec . ngeh ngeh ngeh . :)
Emm .. bila aku tengok balik post post aku yang lepas kan , lain gila cara penulisan aku dengan yang sekarang . well ~ zaman dah berubah kann . ehehe .. :D emm ,, tapi tapi tapi , nak minta maaf jugak kalau ada mana mana post yang korang baca , korang macam terasa ke apa . semua tu aku cakap memang tak berniat nak tuju kat sesape . cuma maybe ada certain post yang macam aku nak share what i felt at that time , memang aku tuju untuk orang yang sepatutnya . hee ~ maaf ye kalau terasa . anyway , thanks jugak kat korang yang setia baca posts kat blog bughok ni . hihi .. assalamualaikum . <3

No comments:

Post a Comment